Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung

Ilustrasi-ilustrasi oleh Tuan Firdaus Abu Bakar. Typography untuk kulit belum final.

Tak lama lagi saya akan umumkan jangkaan masa untuk Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung ini terbit.

Bila saya muat naik hal berkaitan karya ini, ramai tanya karya ni sama ke dengan Novel Nirnama sebelum ini?

Jawapannya: Tak sama.

Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung merupakan kumpulan hikayat yang memberikan tumpuan kepada watak-watak dan peristiwa tertentu dari Novel Nirnama.

Contohnya, dalam Novel Nirnama kita tahu fasal Jagat Suci amalkan sihir. Dalam Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung kita akan dihidangkan hikayat Jagat Suci mula mengamalkan sihir.

Dalam Novel Nirnama, kita sudah tahu bahawa Tuha, Jebat & Nirnama itu merupakan seperguruan. Di dalam Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung, kita akan meneroka hubungan mereka bertiga dengan lebih mendalam, bersama-sama dinamik antarra Tuha & Jebat.

Tuha, Jebat & Nirnama semasa berguru dengan Adiwaja

Dalam Novel Nirnama, kita dimaklumkan Laksamana Kasturi menjadi Laksamana Semutar Putih semenjak berumur 10 tahun lagi. Maka dalam Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung pembaca akan dibawa menyemak peristiwa bagaimana Kasturi menjadi Laksamana Semutar Putih yang termuda.

Kasturi sebelum menjadi Laksamana

Setakat ni ada 15 hikayat saya dah tulis dan baru-baru ini saya buat keputusan nak tambah lagi 5 hikayat.

Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung ini ibarat kumpulan cerpen. Hikayat-hikayatnya terpisah dan berdiri sendiri. Tapi semua hikayat itu berlaku sebelum Novel Nirnama bermula.

Bolehlah dianggap karya ini merupakan prekuel kepada Novel Nirnama.

Pun begitu, bagi yang belum baca Novel Nirnama, saya sarankan baca dulu Novel Nirnama sebab dalam Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung, ada spoiler besar untuk Novel Nirnama.

Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung ini juga diserikan dengan banyak ilustrasi. Kali ini ilustrasi-ilustrasi babak, watak dan kulit karya ini merupakan hasil tangan Tuan Firdaus Abu Bakar.

Doakan semoga semua urusan lancar.

Saya akan umumkan perincian perancangan penerbitan karya ini tidak lama lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published.