Tawaran Hilal Asyraf Resources Sempena PBAKL2020

Tawaran Hilal Asyraf Resources Sempena PBAKL2020
Mar 04, 2020
Tawaran Hilal Asyraf Resources Sempena PBAKL2020
Tawaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020.

InsyaAllah, saya ingin memaklumkan bahawa hasil kejayaan pra-tempah Set Kotak Eksklusif Trilogi TAKDIR tempoh hari, saya telah mempunyai modal yang cukup untuk menerbitkan lima judul yang telah kehabisan stok, bersama-sama tiga judul baru(yakni Trilogi TAKDIR itu sendiri).

InsyaAllah, saya akan menyertai PBAKL2020 dengan kehadiran 14 judul novel terbitan saya.

Sudah semestinya, PBAKL2020 menjadi pesta hari raya buku di negara kita, datang dengan tawaran yang amat lumayan.

Maka, berikut ialah tawaran saya sepanjang PBAKL2020 yang berlangsung bermula 27hb Mac sehingga 5hb April 2020 itu:

Beli 1 Novel: RM25.00 sahaja(Harga asal RM30.00)
Beli 5 Novel: RM100.00 sahaja(Harga asal RM150.00)
Beli 10 Novel: RM180.00 sahaja(Harga asal RM300.00).

Istimewa lagi, 2000 pembeli pertama di booth saya akan mendapat Non-woven Bag RakanHA sebagai hadiah.

Harga yang ditawarkan tidak termasuk Set Kotak Eksklusif Trilogi TAKDIR. Set kotak itu, berbaki sekitar 100 unit lagi, hanya boleh dibeli dengan harga RM110.00 - termasuk semua barangannya(1 kad peta, 2 kad poster karakter, 3 penanda novel) dan beserta hadiah 1 novel percuma.



Saya juga mengumumkan bahawa, stok novel-novel saya TERHAD dan saya tidak akan cetak semula di tengah-tengah berlangsungnya PBAKL2020.

Trilogi TAKDIR akan ada 1500 unit setiap judul.
Manakala semua judul lain hanya akan dijual 1000 unit setiap judul. Bila habis, habis. Tidak ada cetakan semula saat akhir.

Maka, siapa cepat, dia dapat.
Jadi, rakan-rakan kenalah susun perjalanan untuk serbu booth saya awal-awal ya.

Booth saya terletak di Tingkat 4, Dewan Tun Razak, PWTC. Booth nombor 4114-4116. Senang aja, masuk dewan, lorong kanan yang pertama, anda akan terus nampak booth saya.



InsyaAllah saya akan cuba berada di sana sepanjang masa, serta akan sering kemas kini keberadaan saya di sana melalui media-media sosial saya.

Kita jumpa di sana!

Add Comment

You must login to add a comment. If you do not have an account, you may register for one. Registration is free!