Masanya Telah Tiba

Masanya Telah Tiba
Jul 13, 2018
Masanya Telah Tiba

Saya sebenarnya mempunyai khalayak pembaca dari luar Malaysia. Dari Singapura, Brunei, bahkan Indonesia. Tidak termasuk rakan-rakan pembaca dari kalangan pelajar-pelajar Malaysia yang berada di luar negara. Namun halangan utama untuk mereka mendapatkan karya-karya saya ialah kos pos. Apabila kita menghantar buku ke luar negara, kos posnya tidak murah. Kemudian terdapat juga aduan daripada rakan-rakan pembaca di Malaysia pun, yang menyatakan mereka lebih gemar membaca 'e-Book' kerana mudah diakses, hanya perlukan gajet seperti telefon pintar atau tab, untuk dibaca di mana-mana sahaja. Juga bonusnya, harga 'e-Book' sudah semestinya lebih rendah dari harga cetak.

Saya mengambil kira hajat-hajat ini, dan dalam diam sebenarnya saya mengusahakan sesuatu untuk merealisasikannya.

Kini masanya telah tiba!

Karya-karya saya, juga karya-karya yang diterbitkan oleh Hilal Asyraf Resources, kini boleh didapati dalam bentuk 'e-Book', berformatkan 'e-Pub' di HILAL Store.

HILAL Store ialah apps milik perniagaan saya - HILAL ASYRAF RESOURCES - yang menjual karya-karya saya di atas talian. Boleh beli versi cetak, dan bonusnya boleh juga dapatkan versi 'e-Book'.

Di HILAL Store, turut disediakan 'library' untuk para pembaca membaca karya 'e-Book' yang dibeli tadi, lantas memudahkannya untuk diakses di mana jua pada bila-bila masa.

Pembelian karya-karya terbitan HILAL ASYRAF RESOURCES dalam bentuk 'e-Book' ini hanya boleh dilakukan di apps HILAL Store. Manakala pembelian versi cetak boleh dilakukan sama ada di website ini - HilalAsyraf.Com - atau di apps.

Saya mengharapkan usaha ini dapat menambah baik kualiti servis perniagaan saya. InsyaAllah saya dari masa ke semasa akan terus melihat ruang dan peluang untuk menambahbaik perkhidmatan ini. Untuk itu, saya sebenarnya sangat-sangat mengharap respon, nasihat, kritikan dan pandangan rakan-rakan pembaca, pembeli, agar saya mendapat maklumat yang tepat untuk merancang penambahbaikan yang sepatutnya.

Terima kasih.


"Menghasil Karya, Membangun Jiwa"


~ HILAL ASYRAF

Add Comment

You must login to add a comment. If you do not have an account, you may register for one. Registration is free!