Tentang Kami

Web HilalAsyraf.com merupakan web rasmi perniagaan HILAL ASYRAF RESOURCES(002572057-W). Web ini bertindak sebagai pusat kepada perniagaan atas talian HILAL ASYRAF RESOURCES.

HILAL ASYRAF RESOURCES ditubuhkan pada September 2016, oleh Muhammad Hilal Asyraf. Fokus utamanya ialah untuk menghasilkan, menerbit, dan menjual karya-karya penulisan Hilal Asyraf kepada belia Malaysia. Ini ialah langkah jauh untuk Hilal Asyraf bergerak sendiri tanpa dinaungi syarikat penerbitan yang lain, mencapai hak milik penuh dan kebebasan terhadap karya-karya yang dihasilkan.

Namun HILAL ASYRAF RESOURCES juga dijadikan medan untuk menerbitkan dan menjual karya-karya penulis lain yang baik dan bermanfaat. Matlamat jangka panjang HILAL ASYRAF RESOURCES ialah mengkayakan pasaran dengan karya-karya yang membangun jiwa. Kerana itu, “Menghasil Karya, Membangun Jiwa” menjadi tema perniagaan ini.

Perniagaan HILAL ASYRAF RESOURCES merangkumi jualan karya versi cetak dan elektronik. Aplikasi HILAL untuk android dan iOS turut dibangunkan untuk menembusi pasaran karya-karya elektronik pada zaman dunia tanpa sempadan hari ini.

Menjadi harapan dan impian HILAL ASYRAF RESOURCES untuk berjaya bersaing di pasaran buku cetak dan elektronik, dengan terus menerus menghasikan karya-karya yang berkualiti bukan sahaja dari sisi bahasa, tetapi juga agama dan nilai murni.

HILAL ASYRAF RESOURCES percaya, kita bukan sahaja apa yang kita suapkan ke dalam mulut, tetapi kita juga ialah apa yang kita suapkan pada minda dan jiwa kita.

Mohon doa daripada semua.