PRIVASI ANDA

HILAL ASYRAF RESOURCES komited untuk menjaga privasi para pelawat dan pelanggan di hilalasyraf.com dan aplikasi HILAL. Kami sendiri merupakan pelanggan kepada pelbagai perniagaan lain dan sangat menghargai serta memandang tinggi urusan berkait maklumat privasi. Kami tidak akan berkongsi atau mendedahkan maklumat para pelanggan kami, kecuali pada bahagian yang memerlukan sahaja – mengaturkan penghantaran produk, pemeriksaan sekuriti dan pengeluaran kredit, kajian dan analisis sikap dan kehendak pelanggan, promosi terkini dan sebaran maklumat berkaitan perkembangan perniagaan kami, serta bahagian-bahagian lain yang diberikan kebenaran oleh anda.

 

KEBENARAN ANDA

Kami tidak akan menjual nama anda, alamat, alamat e-mel, informasi kad kredit atau maklumat peribadi kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda.

 

PROMOSI & KOMUNIKASI

Sekiranya anda ada melakukan pembelian daripada perniagaan kami, maka kami dari masa ke semasa akan menghantarkan kepada anda maklumat terkini berkenaan produk kami, perkembangan terkini, promosi terbaru, melalui e-mel, post, whatsapp & telefon.

Pada masa yang sama, anda juga akan diberi pilihan untuk mengeluarkan diri dari senarai pelanggan kami untuk tidak lagi menerima semua perkara tersebut.

 

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda berhadapan dengan masalah berkait isu maklumat peribadi dan privasi, jangan segan untuk berhubung terus dengan pihak kami dengan menghantar email ke alamat - admin@hilalasyraf.com