Sumpahan Legenda

Sumpahan Legenda

Sumpahan Legenda

  • RM30.00

  • Ex Tax:RM30.00

LEGENDA merupakan gelaran agung di dalam dunia pertarungan. Para pendekar dan pahlawan zaman-berzaman merebutinya. Sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyandangnya. Hanya dengan menumpaskan penyandang sebelumnya, barulah seseorang pendekar itu dinobatkan gelaran Legenda.

                Tetapi tiga dekad yang lepas, penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri, mengakibatkan tidak ada sesiapa mampu merampas gelaran tersebut secara rasmi selepas itu.

                Rusyd, pemuda berusia 20-an, turun dari Puncak Tanpa Nama sebaik sahaja pertapaannya tamat, dengan satu misi – menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar satu sebuah sekolah persilatan.

                Di tengah kembara, Rusyd bertemu dengan misteri gelaran Legenda, dan perjalanannya untuk melunaskan dendam membara, kini terlilit dengan misteri tersebut, menariknya ke konflik yang lebih besar!                

Write a review

Please login or register to review