Set Kotak Eksklusif Trilogi TAKDIR

Set Kotak Eksklusif Trilogi TAKDIR

Set Kotak Eksklusif Trilogi TAKDIR

  • RM100.00

  • Ex Tax:RM100.00

Available Options

SINOPSIS:


Trilogi TAKDIR merupakan karya epik, mengisahkan pemuda dari Ujong Medini bernama Angkasa Sakti, yang diamanahkan bapanya untuk mengembara ke Kerajaan Tanah Haram Makkah, bagi membawa perubahan kepada dunia yang sedang diselimuti kegelapan dek cengkaman Sang Ashura dan Kerajaan Utopia.

Angkasa Sakti kemudian mendapati dirinya berada di barisan paling hadapan dalam membawa obor menyinari kegelapan dunia.

Pengembaraan perjuangan epik yang penuh dengan suka duka serta pengorbanan ini membawa pembaca-pembaca bukan sahaja menelusuri babak-babak aksi mendebarkan, tetapi juga menyantuni mesej-mesej mendalam berkenaan kehidupan sebagai insan-insan beriman.

Sebuah karya epik yang bakal membuatkan pembaca mengembara jauh ke dalam jiwa masing-masing!



Set Kotak Eksklusif Trilogi TAKDIR ini hanya akan dijual melalui pra-tempah yang bermula 1hb Februari sehingga 29hb Februari 2020.

Dengan membeli set ini, anda akan mendapat:

1⃣ Kotak yang eksklusif.
2⃣ Novel TAKDIR 1, TAKDIR 2 dan TAKDIR 3
3⃣ Sekeping kad Peta Bumi TAKDIR
4⃣ Sekeping kad karakter TAKDIR

Kemudian anda akan memperolehi 2 HADIAH:
???? Penanda Novel TAKDIR
???? Sebuah novel lain terbitan Hilal Asyraf Resources yang anda boleh pilih judulnya selagi mana judul tersebut ada stok.

Keistimewaan 'Versi Tulis Semula'
✔️ Perubahan jalan cerita yang banyak.
✔️ Penceritaan yang lebih padat, tidak meleret, lebih mantap.
✔️ Setiap bab akan diiringi sebuah lukisan.

????????????Set Kotak Eksklusif ini hanya eksklusif untuk pra-tempah dan set ini tidak akan dijual lagi selepas ini, hatta di PBAKL2020, tetapi mereka yang mahu mendapatkannya di sana boleh melakukan sedemikian dengan melakukan pra-tempah dan memilih pilihan "Ambil di PBAKL2020".

Akan ada dua pilihan semasa pra-tempah nanti.
1⃣ Penghantaran ke alamat yang anda kehendaki di dalam Malaysia. Penghantaran akan bermula seawal-awalnya pada 27hb Mac dan selewat-lewatnya 5hb April 2020.

2⃣ Ambil di PBAKL2020 yang bakal berlangsung di PWTC, pada 27hb Mac sehingga 5hb April 2020.

Sesi pra-tempah yang bermula 1hb Febuari sehingga 29hb Februari 2020 ini hanya akan menjual Trilogi TAKDIR dalam bentuk set ini.

Write a review

Please login or register to review