Set Pra-Tempah Nirnama

Set Pra-Tempah Nirnama

Set Pra-Tempah Nirnama

  • RM110.00

  • Ex Tax:RM110.00

SINOPSIS


Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat.

Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama – Tanpa Nama.

Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama.

Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya?

Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih?

Siapakah sebenarnya Nirnama?


PRA TEMPAH BERMAKSUD MENEMPAH PRODUK YANG MASIH BELUM ADA.

Nirnama dijangka akan masuk ke kilang awal September. Pengeposan hanya akan berlaku pada penghujung Oktober.

Pelanggan dijangka akan memperolehi Novel Nirnama pada awal November atau selewat-lewatnya pertengahan November.

Hal ini perlu difahami betul-betul oleh pelanggan pakej pra-tempah Nirnama.


APA ANDA DAPAT DENGAN MENEMPAH PAKEJ INI?

1x Novel Nirnama versi rumi

1x Novel Nirnama versi jawi

3x poster ilustrasi berwarna Nirnama bersaiz A5

1x Buku Seni Ilustrasi Nirnama(hitam putih, ada sekitar 75 lukisan-lukisan Nirnama)

4x Penanda Novel Nirnama(depan & belakang)

1x Kalendar Nirnama 2022

1x Buku Dzikir Harian Yang Diamalkan Nirnama(TERHAD UNTUK 10,000 PENEMPAH PERTAMA SAHAJA)


KOS POS SEMENANJUNG PERCUMA

KOS POS SABAH SARAWAK DISKAUN 50%



Write a review

Please login or register to review
Tags: Novel