Karya-Karya Hilal Asyraf tidak dapat dinafikan lagi merupakan karya-karya yang mempunyai jalan cerita menarik, disulam pengajaran atas nilai-nilai Islam, menjadikan pengisian masa lapang membaca karya fantasi bukan lagi satu aktiviti kosong yang sia-sia.
Karya Islamik juga tidak lagi dilihat sebagai karya yang lesu dan hanya bertazkirah panjang. Karya-karya Hilal Asyraf kaya dengan aksi dan plot yang buat pembaca tak henti menyelak setiap helaian muka surat.
Anda minat karya fiksyen berlatar realistik? Cuba Saga Hero. Anda mahu mengembara ke alam fantasi epik? Cuba Siri Hikayat Satria-Satria Sejati. Anda mahu mencari karya sesuai untuk pelajar sekolah menengah? Trilogi Gelombang Baru jawapannya.
Anda tidak akan kecewa. InsyaAllah.
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan garaduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 50 judul karya.
Semenjak hujung 2016, Hilal Asyraf menubuhkan perniagaan penerbitannya sendiri – Hilal Asyraf Resources – dan mula fokus kepada penulisan karya-karya fiksyen dengan elemen tarbawi serta nilai Islam sebagai tunjang.