PESTA BUKU ONLINE HILAL ASYRAF RESOURCES 2022
Karya-Karya Hilal Asyraf tidak dapat dinafikan lagi merupakan karya-karya yang mempunyai jalan cerita menarik, disulam pengajaran atas nilai-nilai Islam, menjadikan pengisian masa lapang membaca karya fantasi bukan lagi satu aktiviti kosong yang sia-sia.
Karya Islamik juga tidak lagi dilihat sebagai karya yang lesu dan hanya bertazkirah panjang. Karya-karya Hilal Asyraf kaya dengan aksi dan plot yang buat pembaca tak henti menyelak setiap helaian muka surat.
Anda minat karya fiksyen berlatar realistik? Cuba Saga Hero. Anda mahu mengembara ke alam fantasi epik? Cuba Siri Hikayat Satria-Satria Sejati. Anda mahu mencari karya sesuai untuk pelajar sekolah menengah? Trilogi Gelombang Baru jawapannya.
Anda tidak akan kecewa. InsyaAllah.
Ini antara karya Hilal Asyraf yang terbaik untuk pemula. Set Saga Hero terdiri daripada 5 novel yang bersambung. Bermula dengan Novel Hero, Pemburu, Encik Pembunuh, Samurai Melayu dan penamatnya, Membunuh Muhammad.
Latar ceritanya Malaysia di masa hadapan, yang bangkit dari korupsi dan pemimpin yang rosak, lantas menjadi antara kuasa besar dunia yang disegani kawan dan digeruni lawan. Ini menjemput Kumpulan Dunia Gelap menumpukan perhatian mereka kepada Malaysia. Pada masa yang sama, empat individu, yang merupakan watak utama bagi empat novel pertama, masing-masing mempunyai konflik tersendiri namun terheret dengan konflik antarabangsa melibatkan Malaysia dan Kumpulan Dunia Gelap.
Jika anda mencari karya superhero yang mengangkat latar lokal, padat aksi, plot pantas lagi asyik, disulam pengajaran-pengajaran bertunjangkan nilai Islam, Set Saga Hero ini sangat sesuai untuk anda!
Jika anda mencari-cari karya yang amat sesuai untuk remaja, terutama pelajar sekolah menengah, maka Set Trilogi Gelombang Baru merupakan pilihan terbaik. Ini kerana watak-watak utama di dalam siri ini merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah.
Trilogi Gelombang Baru mengisahkan sekumpulan pelajar di Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis, yang juga merupakan ahli pasukan bola tampar sekolah tersebut. Namun pasukan itu hampir dibubarkan memandangkan pelajar-pelajar tersebut punya masalah akademik, akhlak, keluarga dan kerjasama sesama mereka. Pada keadaan itu, hadir seorang jurulatih misteri yang cuba untuk mengubah keadaan mereka, tetapi perubahan itu tidak diterima baik oleh pelajar-pelajar tersebut. Walhasil, berbangkit konflik demi konflik antara mereka.
Karya ini penuh aksi sukan bola tampar, padat dengan pengajaran dan motivasi perubahan!
Jika anda mahukan karya khusus untuk pelajar-pelajar sekolah rendah, maka Set Wira Cilik ini merupakan pilihan yang amat cocok.
Set Wira Cilik ini merupakan siri novel pendek, yang mengisahkan lima sekawan dari Darjah Satu Al-Amin. Pembaca akan dibawa mengikuti telatah Wira, Siddiq, Ahmad, Cempaka dan Fatimah dalam melalui pelbagai peristiwa yang memberikan mereka pengalaman, ilmu dan pengajaran.
Novel-novel ini berketebalan kurang dari 100ms, dan diisi dengan banyak ilustrasi berwarna lagi berkualiti. Bahasa yang digunakan juga ringkas. Ceritanya pula santai dan mudah difahami. Kami letakkan juga banyak perkataan yang boleh menjadi kosa kata baru, diiringi glosari bagi memberikan makna kepada perkataan-perkataan tersebut.
InsyaAllah Set Wira Cilik mampu menjadi hadiah terbaik untuk si cilik anda mengisi masa lapang mereka dengan pembacaan yang menyeronokkan, baik, santai dan punya pengajaran berasaskan nilai-nilai Islam.
Sekiranya anda meminati kisah fiksyen epik fantasi, dengan latar nusantara klasik kurun ke-15, maka anda akan amat menyukai Novel Nirnama.
Novel ini membawakan kisah seorang pendekar tanpa nama, yang mengembara di serata Tanah Semenanjung, saat tanah itu dicengkam pemerintahan seorang sultan zalim bernama Jagat Suci. Pendekar tanpa nama itu menjadi buah mulut rakyat kerana dia rajin membantu orang ramai, terutama mereka yang ditindas kezaliman. Namun pendekar tersebut tidak pernah berkongsi akan namanya, membuatkan orang ramai mula menggelarnya Nirnama – Tanpa Nama.
Novel ini tebalnya hampir 700 muka surat, diiringi lebih 60 ilustrasi berkualiti. Penuh dengan agedan pertarungan, padat dengan pengajaran-pengajaran atas nilai Islam, dan ramai telah memberikan respons positif kepada Novel Nirnama ini.
Pilihan terbaik jika anda inginkan karya fiksyen yang epik!
Ramai menyatakan bahawa ini merupakan barisan karya Hilal Asyraf yang terbaik.
Fantasi epik ini berkisarkan Ariki, anak angkat Maharaja Lutello yang lari dari istana untuk menyelamatkan diri dari kezaliman ayahandanya itu. Dalam perlariannya, dia bertemu sekumpulan pemuda-pemudi yang punya hasrat untuk menumbangkan kezaliman yang sama. Walhasil bermulalah pengembaraan sebuah perjuangan yang penuh dengan suka duka, tangis dan tawa, menelusuri pertarungan dan peperangan epik, untuk menegakkan kebenaran.
Karya ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga merenjat hati kerana ramai pembaca memberikan komentar mereka mengalirkan air mata apabila membaca siri ini, terutama pada novel keempat dan kelima.
Jika anda peminat manga/anime seperti One Piece, atau suka kartun seperti Avatar The Last Airbender, maka Siri Hikayat Satria-Satria Sejati ini wajib menjadi pilihan anda!
Jika anda mencari karya Hilal Asyraf yang berdiri sendiri, tidak terlalu tebal, tetapi masih mampu memberikan pembacaan yang menyeronokkan serta pengajaran yang menusuk hati, maka anda perlu mencuba Novel Sumpahan Legenda.
Novel ini novel tunggal, tidak bersambung dengan mana-mana karya sebelum atau selepasnya. Mengisahkan Rusyd yang melihat ayahanda dan bondanya mati dibunuh dengan kejam. Dia kemudian bertemu dengan seorang pendekar misteri bernama Aslim, yang melatihnya menjadi pendekar hebat selama sedekad lamanya. Setelah pertapaannya selesai, Rusyd memulakan kembara untuk menuntut bela. Saat itu, dia mula terdedah dengan satu gelaran agung dan diburu ramai dalam dunia pendekar – Legenda.
Jika anda minat komik-komik Hong Kong macam Pedang Setiawan, karya ini memang ngam dengan anda!
SAMBAR SEKARANG!
Hilal Asyraf, seorang anak jati Johor. Muslim yang mencintai negara dan agamanya. Tahu diri banyak kekurangan, maka dengan kelebihan mengarang ini digunakan sebaiknya untuk menghasilkan karya-karya yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi membangun jiwa.
Karya-karya Hilal Asyraf merupakan karya-karya Islamik, bukan semata-mata di atas label. Watak-wataknya, jalan ceritanya, pengajaran-pengajaran yang diangkat, semuanya hendak memenuhi seruan dan ajaran Islam.
Kebanyakan karya-karya Hilal Asyraf merupakan karya epik. Penuh aksi. Pembaca-pembaca akan menyelak setiap muka surat bagaikan sedang menonton filem. Sudah ramai memberikan komen mereka tidak boleh berhenti setelah mula membaca.