Ini merupakan laman pendaratan(landing page) bagi sesi pre-order Novel Nirnama: Hikayat 5 Laksamana + Komik Nirnama: Hikayat Pendekar Tanpa Nama 1. Mohon diteliti sehingga ke paling bawah agar tidak berlaku sebarang salah faham yang bakal menyukarkan proses pre-order ini. Terima kasih atas sokongan anda!
Nirnama: Hikayat 5 Laksamana merupakan sebuah ceranting(cerita ranting) dalam semesta Nirnama, yang berlaku sebelum berlangsungnya Novel Nirnama 2. Mengisahkan tragedi yang menimpa Istana Semutar Putih, sehingga menyebabkan Nirnama perlu berganding bahu bersama-sama Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu bagi menanganginya.
Manakala Komik Nirnama: Hikayat Pendekar Tanpa Nama bahagian 1 merupakan permulaan bagi siri komik yang akan mengadaptasi jalan cerita dari Novel Nirnama. Namun bahagian 1 ini akan mengambil latar sebelum Novel Nirnama berlangsung, membawa pembaca melihat bagaimana Nirnama mula campur tangan dalam konflik di Tanah Semenanjung.
Dengan menyertai proses pre-order ini, anda akan memperolehi: 1 naskhah Novel Nirnama: Hikayat 5 Laksamana versi berkulit keras. 1 naskhah Komik Nirnama: Hikayat Pendekar Tanpa Nama bahagian 1. 1 naskhah Buku Seni Nirnama(yang terbaru) 1 naskhah Buku Nota NIrnama 2 keping penanda novel 1 keping kad terima kasih
Ada lagi hadiah lain, tetapi sudah diletakkan di dalam novel dan di dalam komik untuk anda buka sendiri kelak!
TERHAD UNTUK 2000 TEMPAHAN SAHAJA! Siapa cepat, dia dapat.
TARIKH JANGKAAN BERMULANYA PROSES BUNGKUS & POS ADALAH PADA 15hb MAC 2025, SEKIRANYA TIADA ARAL MELINTANG.
Mohon doakan segalanya lancar. Sebarang perubahan akan dimaklumkan.
Sekiranya anda sudah memahami semuanya, boleh tekan butang di bawah untuk dibawa ke laman pre-order. Terima kasih.