Ini merupakan laman pendaratan(landing page) bagi sesi pre-order
Novel Nirnama 2 VERSI JAWI.
Mohon diteliti sehingga ke paling bawah agar
tidak berlaku sebarang salah faham yang bakal
menyukarkan proses pre-order ini.
Terima kasih atas sokongan anda!

Nirnama 2 VERSI JAWI merupakan VERSI JAWI bagi Novel Nirnama 2. Cerita yang sama, tetapi seluruh isinya bertulisan jawi. Dengan menyertai proses pre-order ini, anda akan memperolehi VERSI JAWI BERKULIT KERAS. Novel Nirnama 2 berketebalan sekitar 730 naskhah, serta akan mempunyai peta berwarna yang boleh dibuka, bersama-sama dua lagi ilustrasi berwarna yang boleh dibuka. Ilustrasi apa, dirahsiakan sebagai kejutan.

Anda diberikan 2 pilihan pre-order.
Set A atau Set B.

Tetapi sekiranya anda pernah pre-order Nirnama 2 VERSI RUMI cetakan pertama sebelum ini, anda boleh memilih Set Istimewa. HANYA PENEMPAH SEBELUM INI SAHAJA AKAN DAPAT MENEMPAH TAWARAN SET ISTIMEWA. Untuk menikmati tawaran SET ISTIMEWA, anda perlu terlebih dahulu tekan butang CHECKOUT, kemudian isi details dengan WAJIB menggunakan email yang sama dengan email semasa anda buat pre-order Nirnama 2 VERSI RUMI cetakan pertama sebelum ini. Baru diskaun set istimewa akan aktif, tertera pada skrin.

TERHAD UNTUK 3000 TEMPAHAN SAHAJA!
Siapa cepat, dia dapat.

TARIKH JANGKAAN BERMULANYA PROSES BUNGKUS & POS ADALAH PADA 1hb November 2024, SEKIRANYA TIADA ARAL MELINTANG. Kali ini kami memang berharap para penempah tidak perlu menanti terlalu lama untuk naskhah tempahan ini sampai ke tangan.

Mohon doakan segalanya lancar.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Sekiranya anda sudah memahami semuanya, boleh tekan gambar set pilihan anda untuk dibawa ke laman pre-order. Terima kasih.

PERINGATAN SEKALI LAGI.
Set Istimewa hanya boleh diakses dengan email para penempah pre-order Novel Nirnama 2 Versi Rumi cetakan pertama yang lalu. Bagi sesiapa yang memilih Set Istimewa, tanpa menggunakan email penempah pre-order yang lalu, tempahan anda akan automatik menjadi tempahan Set B.
HARAP MAKLUM!