ACARA PRE-ORDER JUDUL-JUDUL NIRNAMA PASCA PBAKL2024 DITUTUP!

Alhamdulillah, sasaran pre-order ini telah dicapai. Jadi saya telah menutup sesi pre-order ini, sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini.

Fokus saya pada ketika ini sehingga 7hb Julai 2024 adalah menurunkan tandatangan kepada semua naskhah yang telah ditempah oleh para penempah. Semua judul akan saya tandatangan, kecuali komik.

Tarikh penghantaran setakat ini masih sama - 8hb Julai 2024.

Dijangka kami akan pos 200 tempahan sehari. Jadi jangkaannya penghantaran terakhir akan berlaku pada 13hb Julai 2024. Jika berlaku lebih awal, itu bonus. Tetapi saya tak janji.

Aturan bungkus dan pos kami mengikut set. Bermula dengan Set A, kemudian Set B, sehingga Set H. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko kesilapan kami. Jika kami bungkus campur-campur set, risau-risau berlaku kesilapan/tersalah order. Jika kami bungkus semua order yang sama dalam satu-satu sesi, kemungkinan untuk kami salah bungkus itu jadi minimal.

Sekiranya selepas 13hb Julai 2024 anda masih tidak menerima tracking number, sila hubungi saya secara mesej whatsapp pada nombor 0197701407. Call/telefon tidak akan dilayan. Mesej sekadar 'salam' sahaja juga tidak akan dilayan. Mesej whatsapp dengan terus menyatakan hajat atau aduan anda. Saya akan respons pada kadar waktu yang berpatutan. Jika selepas 24 jam masih saya tidak respons, boleh ingatkan saya sekali lagi.

Terima kasih. Harap maklum!
Semoga semua tempahan selamat sampai kepada para penempahnya!

Saya sangat hargai sokongan semua ke atas judul-judul Nirnama ini. Doakan Nirnama dapat pergi lebih jauh dan berkembang lebih besar lagi selepas ini.

KEPADA YANG TERLEPAS
PRE-ORDER INI, INSYALLAH SETELAH SELESAI SEMUA TEMPAHAN KAMI POS KEPADA PARA PENEMPAH, JUDUL-JUDUL NIRNAMA AKAN DILETAKKAN DI SHOPEE HILAL ASYRAF RESOURCES & TIKTOK SHOP HILAL ASYRAF.

SAMBAR DI SANA!