Sale!

[BERDIRI SENDIRI] Novel Sumpahan Legenda

RM25.00

Legenda merupakan gelaran agung di dalam dunia pertarungan. Para pendekar dan pahlawan zaman-berzaman merebutinya. Sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyangdangnya. Hanya dengan menumpaskan penyandang sebelumnya, barulah seseorang pendekar itu dinobarkan gelaran Legenda.

Tetapi tiga dekad yang lepas, penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri mengakibatkan tidak ada sesiapa mampu merampas gelaran tersebut secara rasmi selepas itu.

Rusyd, pemuda berusia 20-an, turun dari Puncak Tanpa Nama sebaik sahaja pertapaannya tamat, dengan satu misi – menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar satu sebuah sekolah persilatan.

Di tengah kembara, Rusyd bertemu dengan misteri gelaran Legenda, dan perjalanannya untuk melunaskan dendam membara, kini terlilit dengan misteri tersebut, menariknya ke konflik yang lebih besar!

Out of stock

SKU 11 Categories : , ,

Additional information

Weight 0.5 kg

1 review for [BERDIRI SENDIRI] Novel Sumpahan Legenda

  1. Muhammad Syafuan Bin Ramli

    Saya berpeluang berjumpa dengan penulis sewaktu Pameran Pesta Buku, dan beliau memberi cadangan agar saya membaca novel ini kerana saya belum pernah membaca buku karyanya.

    Bagi pendapat saya, Sumpahan Lagenda ini mempamerkan hero yang begitu handal. “Dendam itu merosakkan” adalah tema yang kukuh dan tidak rapuh sentiasa tersemat dalam setiap episod karya ini.

    Kesudahannya adalah agama Islam yang meleburkan aura negatif yang ada dalam diri insan.

Add a review

Your email address will not be published.