PROJEK KUMPUL DANA ANIMASI TAKDIR – RM400,000 DIPERLUKAN!
Trilogi Takdir merupakan antara karya Hilal Asyraf yang terlaris. Kisah perjuangan penuh suka duka, pengorbanan dan pengajaran, epik dengan pertarungan dan peperangan yang bakal membuatkan pembaca pantas menyelak helaian demi helaian. Kini pihak Brainy Bones Studios dan Crowdy Mation dengan kerjasama Hilal Asyraf Resources, mahu cuba menganimasikan karya ini. RM400,000 diperlukan untuk menghasilkan animasi pendek 5-10 minit, supaya dapat dijadikan ‘pitch’ untuk benar-benar menjayakan impian ini.
Mahukah anda bersama-sama membantu menjayakan impian ini?
Dapatkah akhirnya kita saksikan sebuah karya epik Islamik menjadi animasi, bersaing dengan filem seperti Raya The Last Dragon?
Permulaan perjalanan ini diputuskan dengan sokongan anda!
Trilogi Takdir membawa kepada anda Kisah kembara seorang pemuda bernama Angkasa Sakti.
Dia diarahkan ayahandanya untuk ke Kerajaan Tanah Haram Makkah yang sedang diasak oleh tentera Kerajaan Utopia.
Kerajaan Utopia dipimpin Sang Ashura yang mahu memadamkan cahaya kebenaran, dan inginkan seluruh dunia tunduk kepada kekuasaannya.
Angkasa Sakti kemudiannya menyaksikan bagaimana dirinya dibawa ke barisan hadapan, dalam menangani konflik agung ini.
Berikan sokongan kepada projek kumpul dana ini!
Trilogi Takdir dikarang oleh Hilal Asyraf, seorang anak jati Johor. Animasi Takdir bakal diusahakan pihak Brainy Bones Studios dan Crowdy Mation, dikepalai Tuan Hilmi Ismail dan Tuan Faqihin, juga anak tempatan kita.
Trilogi Takdir bukan sahaja hasil tangan anak tempatan, tetapi juga membawa nuansa Islam yang pekat dan jitu. Ini bukan Islam yang tunduk kepada neraca hollywood dan separuh-separuh. Trilogi Takdir cuba menjadi wakil untuk mempersembahkan Islam dalam erti kata sebenar.
Trilogi Takdir juga karya epik yang penuh dengan pertarungan, peperangan, pengorbanan, suka dan duka perjuangan. Alangkah indahnya jika semua itu dapat kita realitikan ke layar perak dalam bentuk animasi.