Susuk Adiwira Fiksyen – Tidak Mengembangkan Minda?

Poster filem Satria Dewa: Gatotkaca

Hari ini saya terbaca khabar yang menyatakan filem adiwira Indonesia, Satria Dewa: Gatotkaca bakal ditayangkan di Malaysia pada bulan Ogos ini.

Di Twitter sekitar tahun lepas, ada orang perli kononnya risau tengok rak buku anak sedara dia penuh buku Hilal Asyraf. Bila orang tanya kenapa? Katanya sebab Hilal ni tulis karya superhero je, kira cam tema kanak-kanak la bagi dia. Risau pemikiran anak sedaranya tak berkembang.

Sebenarnya susuk adiwira adiwira fiksyen ni ada nilai tersendiri pada era hari ini. Kalau tak Satria Dewa Gatotkaca ni mesti dipandang remeh, dan cubaan rakyat kita nak mengangkat kembali Keluang Man mesti tak dilihat sebagai sesuatu yang menggembirakan serta besar.

Saya pernah mengikuti bagaimana orang-orang berkulit hitam jadi terinspirasi dan rasa terangkat apabila melihat representasi orang kulit hitam sebagai hero hebat dalam bentuk Black Panther bersama tamadun fiksyen penuh kemajuan – Wakanda.

Chadwick Boseman sebagai Black Panther di dalam filem Black Panther, Marvel.

Kalau tema adiwira ni sesuatu lekeh dan sekadar keanak-anakan, pasti mereka tak perlu rasa begitu berbangga.

Kalau tema adiwira ni sesuatu lekeh dan sekadar keanak-anakan, pasti mereka tak perlu rasa begitu berbangga.

Fiksyen adiwira ni ada impaknya tersendiri yang bukan kecil. Sekarang sampai ke layar perak dan orang berlumba cuba membangunkan siri filem adiwira masing-masing.

Indonesia sudah mula dengan Gundala sebelum ini dan sekarang Gatotkaca. Barat sudah terkehadapan dengan Marvel & DC.

Bermakna genre adiwira ni bukan genre remeh.

Sebagai Muslim & rakyat Malaysia sudah pastilah saya berminat melihat adiwira-adiwira yang latar ceritanya merupakan negara kita yang tercinta, serta nilai-nilai yang diangkatnya selari dengan agama yang diimani oleh saya.

Sebab tu saya karang Saga Hero.

Empat adiwira utama dalam Saga Hero

Dalam karya Saga Hero kita meneroka tema negara yang korup dek perselingkuhan pemimpin dengan organisasi dunia gelap hingga merencatkan pembangunan negara.

Kita ada fasa negara bangkit dipimpin pemimpin adil, hingga mampu menjadi kuat sampai bergerak membebaskan Palestin.

Ada menyentuh berkenaan dosa menggunung tinggi dan bagaimana untuk seseorang membersihkan diri kembali kepada Ilahi.

Sampai ada cerita orang jahat menggunakan mesin masa untuk kembali ke zaman silam, cuba membunuh Nabi Muhammad supaya Islam tak terwujud langsung.

Sebagai Muslim, sebagai rakyat Malaysia, ada rasa seronok meneroka tema-tema tersebut, yang sudah pasti beriringan dengan pengajaran-pengajaran dan nilai yang berpaksikan ajaran Islam.

Takkan kita nak berharap fiksyen adiwira luar yang bawa nilai-nilai tersebut pula kan?

Kombo Saga Hero. Boleh dapatkan di web ini!

Sudah pastilah ada yang tak berkongsi kesukaan yg sama. Tak apalah, manusia ni ramai & berbeza minat. Saya memahami.

Tapi fiksyen adiwira buat minda tak berkembang? Benarkah? Persoalan wajar dibincangkan.

Moga-moga nanti rakyat Malaysia pun menikmati barisan adiwira fiksyen yang boleh dibanggakan, bersaing sihat dengan Satria Dewa, MCU, DC dll, mengangkat latar setempat, budaya, kepercayaan kita serta keunikan lokal.

InsyaAllah.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *