Kenapa Fokus Fiksyen?

Kenangan bersama pembaca di reruai Hilal Asyraf Resources semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

Saya fokus kepada penulisan novel sebab saya lihat audiens novel ni agak ramai dari kalangan remaja, orang muda, belia.

Novel juga berpeluang besar untuk berkembang jauh ke dalam bentuk yang lain, seperti komik, game, animasi, filem, drama.

Contoh macam siri Novel The Witcher karangan Andrzej Sapkowski, yang diangkat menjadi game oleh CD Projekt RED dan seterusnya sekarang menjadi siri drama aksi epik fantsasi di Netflix.

Saya tahu masyarakat terutama ibu bapa, kita ada kerisauan kalau anasir-anasir buruk cuba meracuni generasi muda kita.

Sampai ada nak sekat filem kartun kerana di dalamnya ada mempromosikan gaya hidup yang berlawanan dengan ajaran Islam & budaya setempat kepada anak-anak.

Tapi di situlah juga kita nampak bagaimana pihak sebelah sana begitu kreatif menyusupkan mesej dan agenda mereka, agar masuk ke dalam minda dan jiwa golongan muda, supaya satu hari kelak idea & agenda mereka diterima.

Sebab tak dapat dinafikan, medan fiksyen walaupun hanya ‘rekaan’, tapi ada kesan. Terutama jangka panjang.

Jangka panjang, medan fiksyen jadi kuasa lunak bagi sesebuah negara, bangsa.

Tengok drama-drama korea yang begitu berpengaruh di negara kita, sampai orang kita ramai tak kekok makan makanan korea. Mee segera mereka pun jadi mahal padahal rasa lebih kurang je dengan mee segera buatan lokal. Tapi masyarakat kita teruja mencuba sebab makanan-makanan Korea tu sendiri diangkat dalam fiksyen-fiksyen mereka.

Sekarang kita lihat ramai memuji Filem Mat Kilau kerana mesej yang diangkat. Demikian sebuah filem boleb menjadi kenderaan kepada penyampaian mesej.

Semua itu dari medan fiksyen.

Saya maklum saya bukan sesiapa, jauh sekali popular. Karya saya pun terjual berapa sahaja. Ada yang jauh lebih banyak dan lebih pantas terjual.

Tapi azam saya berkarya adalah untuk menghasilkan cerita yang menyeronokkan, sambil mengangkat nilai-nilai ajaran Islam, pengajaran-pengajaran yang baik, supaya menjadi alternatif sihat bagi masyarakat, terutama generasi muda.

Jika ada rezeki, inilah yang dikembangkan menjadi komik, animasi, game, filem dan drama satu masa kelak bila Allah izinkan.

Supaya dalam semua medan itu, walaupun sekadar hiburan, ada manfaatnya. Ada kebaikannya. Mesej-mesej dan agenda Islam diperkenalkan secara terang atau halus, menyusup dalam masyarakat terutama generasi muda.

Setakat ni anak-anak muda kita berhibur dengan bahan-bahan yang direka entah siapa bersama agenda dan anasir pihak-pihak tertentu.

Saya nak cuba ubah yang itu.

Sekurang-kurangnya bila balik bertemu Allah kelak, saya boleh kata saya sudah cuba.

Bermula dengan novel-novel saya hari ini, dengan sokongan dan doa daripada rakan-rakan.

InsyaAllah.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *