Mencari Murata

Nirnama vs Ratu Mergastua, Pengawal Naga Tasik Chini

Dulu sebenarnya saya mula menyampaikan cerita dengan cara melukis. Sepanjang saya sekolah rendah dan sekolah menengah, saya suka menghasilkan komik menggunakan buku latihan. Tetapi kemudian bila usia saya mencecah 15 tahun, saya sedar lukisan saya buruk dan tidak bermotivasi lagi untuk melukis.

Apabila saya menemui potensi saya dalam mengarang, saya gembira kerana dapat menyampaikan cerita semula.

Lukisan di atas itu lukisan saya. Nampak cakar ayamnya. Saya lukis gambaran Nirnama vs Ratu Mergastua, Pengawal Naga Tasik Chini. Ini antara projek komik yang saya mahu usahakan sebenarnya. Menceritakan kembara Nirnama saat dia mula menumbangkan orang-orang penting Jagat Suci yang mengawal Wilayah Ujong, sebelum dia bertemu dengan Nadim dan Bagak Durjana.

Saya ada mengikuti sebuah manga popular berjudul One Punch Man. Mengikuti manga tersebut, saya tertarik dengan fakta bahawa komik tersebut mempunyai dua pelukis.

Pelukis pertama ialah ONE yang juga merupakan pencerita dan pelukisnya yang sebenar. Manakala pelukis kedua ialah Murata, yang melukis versi lebih cantik untuk komersial. Lukisan ONE disiarkan melalui webcomic, manakala lukisan Murata disiarkan untuk dijual secara fizikal.

Saya kongsikan perbezaan lukisan mereka di untuk rakan-rakan boleh tatap.

ONE & Murata
ONE & Murata

Jadi muncul harapan buat saya untuk menghasilkan komik Nirnama dengan metod yang sama.

Saya lukis dulu dengan lukisan buruk saya, kemudian cari pelukis profesional yang berminat untuk melukisnya semula dengan strok lebih cantik dan kemas.

Bila komik lukisan buruk saya dah siap, saya nak mencari ‘Murata’ yang berminat untuk kolaborasi. Sebenarnya sudah pun ada beberapa calon seperti Cik Hani Raimi(pelukis Novel Nirnama), Aminimint(pengusaha animasi Nirnama 1 minit), Firdaus Abu Bakar(pelukis untuk Nirnama: Himpunan Hikayat Tanah Semenanjung). Juga berkemungkinan saya akan cari lagi calon-calon lain yang berminat kelak.

InsyaAllah saya akan jalankan projek ‘lukisan buruk’ saya ni tak lama lagi. Saya ada rancangan nak keluarkan dua komik.

1. Nirnama & Pengawal Naga Tasik Chini

2. Nirnama: 10 Hikayat

Mungkin projek ni akan ambil masa sikit.

Jangkanya mungkin 2024 kut baru terbit.

Doakan!

Moga-moga bila jadi komik kelak, jenama Nirnama ini mendapat lebih banyak sambutan.

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *